Tuesday 22 May 2012

Perbandingan Tingkatan 6 VS Asasi Vs Matrikulasi Vs Diploma


   PERBANDINGAN TINGKATAN 6 DAN ASASI
Perbandingan
Tingkatan 6
Asasi
Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
1 tahun 6 bulan atau
1 tahun
Kos Biaya

Yuran Sekolah + Buku Rujukan  =
( kurang RM 600)

Tawaran pembiayaan RM 1,000 satu semester, yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
(Dapat Biasiswa)
Peluang ke Ijazah
·  Lulus 2.8 ke atas
·  Kuota Khas disediakan oleh kerajaan untuk Pelajar STPM
Dijamin dapat masuk ke Ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Syarat ke Universiti
Lulus 2.8 ke atas
Muet sekurangnya Band 2
Lulus 3.5 ke atas
Muet sekurangnya Band 4
Pengajian
5 atau 4 Subjek STPM
10 Subjek ke atas & 30 bab ke atas
Pembelajaran
Perlu belajar dengan tekun & serius
Perlu belajar dengan tekun & serius
Sistem pembelajaran
Peperiksaan STPM
(90 % akedemik & 10 % kokurikulum )

Sistem Semester
-          6 bulan 1 semester
-          Markah ditambah dengan kerja kursu



Suatu Perbandingan
Tingkatan 6
Diploma
Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
3 tahun
Kos
Yuran Sekolah + Buku rujukan
(kurang RM 600)
Pinjaman PTPTN
Minima RM 15 ribu
Peluang ke Ijazah
2.8 ke atas akan diambil
Kouta khas oleh kerajaan disediakan
3.5 ke atas layak untuk Ijazah
Bersaing dengan pelajar STPM & Matrikulasi
Sistem pembelajaran
Peperiksaan STPM
(90 % akedemik & 10 % kokurikulum )
Sistem Semester
-          6 bulan 1 semester
-          Markah ditambah dengan kerja kursus
Tempat
Sekolah
Politeknik / IPTA / IPTS
Peluang Kerja
Dapat mohon kerja dengan STPM
Dapat memohon kerja
Populariti
X boleh tunjuk-menunjuk
Dapat tunjuk-menunjuk
Pembacaan
Perlu belajar dengan tekun & serius
Markah peperiksaan ditambah dengan kerja kursus & berkumpulan
Kebaikan
Dapat ke Ijazah dalam masa yang singkat
Dapat bekerja selepas dapat diploma
Keburukan
Jika ke Tingkatan 6 , X belajar , baik jangan,membazir masa & duit
Jika ke diploma untuk main- main & dapat pointer rendah,memalukan sahaja
Pengalaman semasa pertama kali menjejak kaki di Universiti
X bergantung kepada pensyarah sepenuhnya,
Dapat berdikari hasil pengalaman & pendedahan di Tingkatan 6
Kejutan pelajaran,sosial & budaya.Perlu menyesuaikan diri ,mengambil masa untuk berdikari dengan persekitaran Universiti



TINGKATAN ENAM
MATRIKULASI
Tempoh pengajian 3 semesterSama
Aliran sains dan kemanusiaanAliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negaraSijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja
( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diplomaKos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaanTidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A levelKurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa MelayuSama
Pusat di sekolah seluruh negaraDi kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)

Perbandingan Antara Tingkatan 6 Bawah dan Atas

Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pelajaran memilih sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6 dan menekankan kemasukan Tingkatan 6 ke peringkat Ijazah dengan mewujudkan kouta khas untuk ke Universiti 

Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas.

Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.


::Pra Universiti Menjulang Ilmu Teras Kecemerlangan::

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversitiyang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.

STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.

Mata Pelajaran STPM 

Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology) ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa masing-masing.

Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan.

Gred STPM

STPM menggunakan sistem Nilai Gred Mata Pelajaran. Terdapat 11 gred, iaitu A, A-, B+, B, B-, C+, C, C-, D+ dan D, dengan F sebagai status Gagal.

Nilai Gred Mata Pelajaran
  • A - 4.00 (Lulus Penuh)
  • A- - 3.67 (Lulus Penuh)
  • B+ - 3.33 (Lulus Penuh)
  • B - 3.00 (Lulus Penuh)
  • B- - 2.67 (Lulus Penuh)
  • C+ - 2.33 (Lulus Penuh)
  • C - 2.00 (Lulus Penuh)
  • C- - 1.67 (Lulus Sebahagian)
  • D+ - 1.33 (Lulus Sebahagian)
  • D - 1.00 (Lulus Sebahagian)
  • F - 0.00 (Gagal)
Gred setiap kertas peperiksaan dinyatakan dalam slip keputusan dan juga sijil.